Bantuan musim sejuk keluarga Syria

MyCARE menyampaikan kit bantuan musim sejuk kepada 80 buah keluarga di Jisreen, pinggir Damsyik. Setiap keluarga menerima 100 liter bahan bakar untuk pemanasan, tiga tilam, lima selimut tebal dan satu pemanas lengkap.

 

Bantuan ini membantu mereka menghadapi suhu sejuk yang semakin mencabar, memberikan perlindungan tambahan kepada kanak-kanak dan warga tua serta meringankan beban kewangan keluarga yang hidup dalam keadaan konflik dan kekurangan sumber.

 

 

Lebih 5 juta orang di seluruh Syria amat terdedah kepada risiko musim sejuk kerana keadaan tempat tinggal yang tidak mencukupi dan kekurangan bahan bakar.

 

Bantuan ini bukan sahaja memberi kehangatan tetapi turut memberi harapan kepada komuniti yang berjuang melalui musim yang sukar.

 

Terima kasih Yayasan Buruj atas sumbangan bagi agihan ini.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza