Anak Yatim & Hafazan 30 Juzuk Al Quran

Mohammed Irfan Mohammad Younus, 15 tahun adalah pelajar Tahfiz Al Amin MyCARE. Beliau merupakan anak yatim. Ayahnya meninggal kerana sakit, ketika usianya 4 tahun.

Kini, beliau berasa begitu bersyukur dengan pencapaian yang dinanti-nantikan. Hasil usaha penuh kesabaran tanpa mengira penat lelah.

Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang penghafaz Al-Quran selain berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk Al-Quran.

Ia bukan sekadar pencapaian akademik atau ingatan semata-mata, tetapi kemenangan ruhani, hasil daripada kesabaran, disiplin, pengorbanan masa, dan keikhlasan hati kerana Allah. Setiap ayat yang dihafaz adalah amanah, setiap ulangan adalah mujahadah, dan setiap kesukaran adalah ladang pahala.

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” (HR al-Bukhari)

Mohammed Irfan juga telah membuktikan bahawa status yatim dan pelarian bukan halangan untuk berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

Majlis Syahadah akan dilaksanakan pada 19 dan 20 Disember 2025 ini. Moga beliau berjaya melalui ujian ini.

Seluruh keluarga, ustaz, guru, kakitangan dan sukarelawan MyCARE akan bersama dalam majlis tersebut tanda sokongan diatas pencapaian pelajar ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk