Wabak pandemik COVID-19 telah mengakibatkan jutaan manusia hilang pekerjaan seluruh dunia.

Di Malaysia, 3 bulan tempoh PKP telah menyebabkan golongan-golongan yang kurang berkemampuan hilang punca pendapatan secara mengejut.

Golongan ini terdiri daripada peniaga, penjaja tepi jalan, pekerja pembersihan, masyarakat orang asli, pelarian dan ramai lagi.

Atas rasa ihsan dan prihatin, NAMA Foundation bersedia menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada yang memerlukan melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam satu MoU yang telah dipersetujui kedua-dua pihak pada 3 Jun 2020 bertempat di ibu pejabat NAMA Foundation.

Penyaluran ke-10 NAMA Foundation COVID-19 Intervention Program Malaysia telah disalurkan kepada 50 buah keluarga pelarian Somalia di Medan Idaman pada 22 Julai 2020.

Pek makanan ini mengandungi makanan asas sesuai dengan citarasa Syria seperti beras, kurma, tepung, rempah ratus, macaroni, gula, makanan tin, dan lain-lain.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak NAMA Foundation yang memberikan dana sumbangan, Dr. Abdul Majid Muqri dan En. Rafiq dari Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atas sumbangan cadar katil, Brother Zuhair PIC Komuniti Syria di Ampang, para sukarelawan yang bertungkus lumus, serta warga Syria yang memberikan kerjasama yang baik.