Wabak pandemik COVID-19 telah mengakibatkan jutaan manusia hilang pekerjaan seluruh dunia.

Di Malaysia, 3 bulan tempoh PKP telah menyebabkan golongan-golongan yang kurang berkemampuan hilang punca pendapatan secara mengejut.

Golongan ini terdiri daripada peniaga, penjaja tepi jalan, pekerja pembersihan, masyarakat orang asli, pelarian dan ramai lagi.

Atas rasa ihsan dan prihatin, NAMA Foundation bersedia menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada yang memerlukan melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam satu MoU yang telah dipersetujui kedua-dua pihak pada 3 Jun 2020 bertempat di ibu pejabat NAMA Foundation.

Penyaluran ke-12 NAMA Foundation COVID-19 Intervention Program Malaysia telah disalurkan kepada 200 buah keluarga B40 di PPR Lembah Subang 1 dan 2 pada 25 Julai 2020.

Pek makanan ini mengandungi makanan asas seperti beras, telur, bawang, minyak, kicap, sardin, gula, garam, sardin dan lain-lain.

Lihat gambar-gambar lain di album MyCARE

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak NAMA Foundation yang memberikan dana sumbangan, Puan Farrah, PIC PPR Lembah Subang, En. Faizal dari MF Jaya Resources yang menyediakan kenderaan pengangkutan barangan, Restoran Mohd Chan yang menyediakan makanan, para sukarelawan yang bertungkus-lumus, serta penduduk masyarakat setempat yang memberikan kerjasama yang baik.

Foto: Mohamad Fakhri Parni, Sukarelawan MyCARE