Wabak pandemik COVID-19 telah mengakibatkan jutaan manusia hilang pekerjaan seluruh dunia.

Di Malaysia, 3 bulan tempoh PKP telah menyebabkan golongan-golongan yang kurang berkemampuan hilang punca pendapatan secara mengejut.

Golongan ini terdiri daripada peniaga, penjaja tepi jalan, pekerja pembersihan, masyarakat orang asli dan ramai lagi.

Atas rasa ihsan dan prihatin, NAMA Foundation bersedia menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada yang memerlukan melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam satu MoU yang telah dipersetujui kedua-dua pihak pada 3 Jun 2020 bertempat di ibu pejabat NAMA Foundation.

Penyaluran pertama NAMA Foundation COVID-19 Intervention Program Malaysia telah disalurkan kepada 100 buah keluarga yang terkesan di PPR Hiliran Ampang pada 12 Julai 2020.

Pek makanan ini mengandungi makanan asas seperti beras, telur, bawang, minyak, kicap, sardin, gula, garam, sardin dan lain-lain.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Ahmad Nur Shahir, Partnership Officer NAMA Foundation yang turun bersama menyalurkan sumbangan, En Jani, Pengerusi Persatuan Penduduk, para sukarelawan yang bertungkus lumus, serta penduduk PPR Hiliran Ampang yang memberikan kerjasama yang baik.