Bantuan bekalan makanan di KOA Kachau Dalam [NAMAxMyCARE]

Wabak pandemik COVID-19 telah mengakibatkan jutaan manusia hilang pekerjaan seluruh dunia.

Di Malaysia, 3 bulan tempoh PKP telah menyebabkan golongan-golongan yang kurang berkemampuan hilang punca pendapatan secara mengejut.

Golongan ini terdiri daripada peniaga, penjaja tepi jalan, pekerja pembersihan, masyarakat orang asli dan ramai lagi.

Atas rasa ihsan dan prihatin, NAMA Foundation bersedia menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada yang memerlukan melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam satu MoU yang telah dipersetujui kedua-dua pihak pada 3 Jun 2020 bertempat di ibu pejabat NAMA Foundation.

Penyaluran kedua NAMA Foundation COVID-19 Intervention Program Malaysia telah disalurkan kepada 44 buah keluarga masyarakat Orang Asli di Kachau Dalam, Hulu Langat.

Pek makanan ini mengandungi makanan asas seperti beras, telur, bawang, minyak, kicap, sardin, gula, garam, sardin dan lain-lain.

Lihat gambar-gambar lain di album MyCARE

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Ahmad Nur Shahir, Partnership Officer NAMA Foundation yang turun bersama menyalurkan sumbangan, Encik Mohamad Noor, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Hulu Langat, Ustaz Lokman, Penggerak Masyarakat Orang Asli, para sukarelawan yang bertungkus lumus termasuk team dari Inspire Heart Malaysia, serta penduduk masyarakat orang asli yang memberikan kerjasama yang baik.

Foto: Nurul Nasihah Mohd Najmi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju