Bantuan asnaf Filipina

Di tengah kesempitan hidup komuniti asnaf di Manila, MyCARE dengan kerjasama Yayasan Buruj terus menghulurkan bantuan yang membawa kelegaan segera kepada keluarga yang memerlukan.

 

Sebanyak 170 buah pek makanan telah diagihkan kepada keluarga asnaf, bersama 300 buah hidangan makanan panas yang menjadi penyelamat bagi ramai yang berdepan ketidakcukupan makanan harian.

 

Agihan ini dilaksanakan di 4 pusat komuniti berikut:

 

Madrasah Al-Ehsan Al-Islamiyyah – 81 keluarga
Rahima Da’wah Center – 50 keluarga
Madinah Center – 25 keluarga
One Ummah Center – 25 keluarga

 


 

 

 

 

 

Setiap pek makanan membantu sebuah keluarga bertahan beberapa hari, manakala setiap hidangan panas memberi kekuatan untuk mereka meneruskan kehidupan seharian.

 

Ramai antara penerima adalah ibu tunggal, warga emas dan kanak-kanak yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Bantuan ini bukan sekadar makana, ia adalah harapan, perhatian, dan bukti bahawa umat Islam saling menjaga walau dipisahkan lautan.

 

Jutaan terima kasih kepada Yayasan Buruj atas keprihatinan membantu saudara-saudara kita di Filipina.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah