Aktiviti & sumbangan kepada madrasah

Ahli misi, Ummu dan Ariej telah ke Madrasah Abdullah Ibnu Abbas al-Islamiyyah dan Madrasah Ilmi di Cox’s Bazar untuk menjalankan rawatan dan aktiviti psikososial kepada kanak-kanak Rohingya di sana.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah main belon, skipping rope, lumba lari, hands print dan penyaluran sumbangan alat tulis.





Sebanyak 250 set alat tulis serta biskut dan cokelat telah diberikan kepada 500 orang pelajar bagi kedua-dua madrasah.
Tambahan sumbangan berus gigi dan ubat gigi juga disalurkan kepada madrasah Ilmi.
Manakala Dr. Fauziah Mohd Hasan pula menyertai rombongan doktor dari CSBD (Charitable Society Bangladesh Doctors), IMARET, FIMA dan ICR untuk memberikan rawatan O&G di pedalaman Kem Tengkali.
Seramai 7 orang doktor dari pelbagai NGO menyantuni 340 orang pesakit dan 60% daripadanya adalah ibu hamil.
Sebagai pakar dalam bidang O&G, Dr. Fauziah memberikan khidmat ultrasound kepada 14 orang ibu mengandung sebelum bateri portable ultrasound habis.
Dua kes telah dirujuk kepada Malaysia Field Hospital kerana ibu-ibu ini memerlukan penjagaan dan rawatan yang lebih rapi dan satu kes kandungan kembar dikesan.




Lagi gambar-gambar di album Rose2Rose
Alhamdulillah, jelas kelihatan keriangan di raut wajah-wajah anak Rohingya. Rawatan psikososial sedikit sebanyak dapat merawat trauma dan pengalaman hitam mereka.
Para ibu juga turut gembira kerana masih ada yang sudi untuk melihat keadaan mereka.
Dalam misi ini, MyCARE menyalurkan bantuan sumbangan rakyat Malaysia yang berjumlah RM60,000 kepada pelarian Rohingya di kem pelarian di Cox’s Bazar.
Sumbangan-sumbangan ini berupa baldi, selimut, kelambu, periuk, tikar dan pek makanan seberat 20KG kepada 500 buah keluarga.
MyCARE mewakili saudara-saudara Rohingya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang istiqamah dalam membantu dan menyalurkan sumbangan melalui MyCARE.
Semoga kebaikan kalian dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari