Projek Adopt a Hafiz

Ketika ramai kanak-kanak di Gaza berdepan kehilangan tempat tinggal, kemiskinan dan trauma peperangan, masih ada yang istiqamah menghadiri halaqah Al-Quran untuk menghafaz kalam Allah SWT.

 

Melalui Program Adopt A Hafiz, sebanyak 65 halaqah hafazan Al-Quran telah dipilih di Gaza, melibatkan seramai 650 orang pelajar berusia bawah 18 tahun.

 

Daripada jumlah tersebut:
• 61.5% adalah pelajar lelaki
• 38.5% adalah pelajar perempuan

 

Setiap halaqah terdiri daripada 10 orang pelajar dan beroperasi sekurang-kurangnya empat hari seminggu di masjid-masjid terpilih merentasi lima wilayah Gaza. Fasa Pertama ini berlangsung dari Mei 2026 sehingga Mei 2027.

 

Program ini bukan sekadar membantu anak-anak menghafaz Al-Quran. Ia turut memberi sokongan kepada guru-guru Al-Quran yang terus berkhidmat walaupun berdepan kesukaran hidup akibat krisis kemanusiaan yang berpanjangan.

 

Bagi memastikan halaqah dapat berjalan dengan baik:

 

– Setiap guru menerima elaun USD100 sebulan
– Setiap halaqah menerima USD50 sebulan bagi menampung bahan pembelajaran, alat tulis, pertandingan, hadiah galakan dan keperluan pelajar

 


 

 

 

 

Keutamaan diberikan kepada anak-anak daripada keluarga yang berdepan kesukaran ekonomi dan komuniti yang kurang mendapat akses kepada pendidikan Al-Quran.

 

Maklum balas awal menunjukkan peningkatan jumlah penyertaan, kehadiran yang lebih konsisten serta semangat yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar untuk menghafaz Al-Quran.

 

Ibu bapa juga melaporkan perubahan positif dari segi disiplin, akhlak dan keterikatan anak-anak dengan masjid.

 
Tonton video
 

Di sebalik kemusnahan yang berlaku, mereka sedang membina generasi yang akan menjaga Al-Quran.

 

Hari ini mereka memerlukan guru, bahan pembelajaran dan sokongan untuk terus menghafaz Al-Quran.

 

Dengan tajaan anda, halaqah-halaqah ini dapat terus beroperasi dan memberi harapan kepada anak-anak Gaza.

 

Jom taja seorang hafiz. Kita teruskan legasi al-Quran di Gaza di:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk