Ahli Misi Cox’s Bazar 3: Gifts of Smiles meneruskan perjalanan mereka pada 1 Disember 2017 di Kem Tengkali, Cox’s Bazar.

Di awal pagi, ahli misi terpaksa berjalan sejauh 2km untuk ke ‘mobile clinic’ di kampung pedalaman di atas bukit kem tersebut.

Dr. Fauziah Mohd Hasan bersama kumpulan doktor dari Malaysia Field Hospital, CSBD (Charitable Society Bangladesh Doctors), IMARET, FIMA dan ICR menyediakan tempat untuk pemeriksaan wanita mengandung dan lain-lain.

Ahli misi Ariej dan Ummu pula meneruskan aktiviti psikososial kepada kanak-kanak Rohingya di kem tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti skipping rope, Sam Says, bermain bola, melukis dan lain-lain.

Perbezaan bahasa menyukarkan ahli misi untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak Rohingya tetapi terdapat beberapa pemuda Rohingya yang boleh berbahasa Inggeris menawarkan bantuan.

Dr. Wahab, pakar psikiatri sempat membuat aktiviti bersama kanak-kanak seperti menyanyi dan memberi motivasi di dalam bahasa Rohingya.

Lagi gambar-gambar di album Rose2Rose

MyCARE mewakili saudara-saudara Rohingya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang istiqamah dalam membantu dan menyalurkan sumbangan melalui MyCARE.

Semoga kebaikan kalian dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.