Bantuan bekalan makanan di PPR Hiliran Ampang [NAMAxMyCARE]

Wabak pandemik COVID-19 telah mengakibatkan jutaan manusia hilang pekerjaan seluruh dunia.

Di Malaysia, 3 bulan tempoh PKP telah menyebabkan golongan-golongan yang kurang berkemampuan hilang punca pendapatan secara mengejut.

Golongan ini terdiri daripada peniaga, penjaja tepi jalan, pekerja pembersihan, masyarakat orang asli dan ramai lagi.

Atas rasa ihsan dan prihatin, NAMA Foundation bersedia menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada yang memerlukan melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam satu MoU yang telah dipersetujui kedua-dua pihak pada 3 Jun 2020 bertempat di ibu pejabat NAMA Foundation.

Penyaluran pertama NAMA Foundation COVID-19 Intervention Program Malaysia telah disalurkan kepada 100 buah keluarga yang terkesan di PPR Hiliran Ampang pada 12 Julai 2020.

Pek makanan ini mengandungi makanan asas seperti beras, telur, bawang, minyak, kicap, sardin, gula, garam, sardin dan lain-lain.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Ahmad Nur Shahir, Partnership Officer NAMA Foundation yang turun bersama menyalurkan sumbangan, En Jani, Pengerusi Persatuan Penduduk, para sukarelawan yang bertungkus lumus, serta penduduk PPR Hiliran Ampang yang memberikan kerjasama yang baik.

7 comments

  1. Sy baru je kehilang kerja semenjak covid 19 dh puas cari keeia smua xnk ambik pasal covid19 nie..Dulu sy sewa bilik ok ckit smpI x kerja sy dan suami dduk umH kedai je harga rm 250..bekalan makanan atau wang selalu sakut 2 kadsng2 tui terpksa tahan lapar..boleh me say nak mohon zy dduk area pzmdsn indah nsib bIk ank2 sy bg mak jaga klau x x mkm lah ank2 saya

      1. Terima kasih atas pertanyaan. Untuk permohonan seperti ini, kami syorkan Puan berhubung dengan pihak JKM atau Pusat Zakat terdekat.

    1. Kami bersimpati dengan nasib Puan. Namun untuk permohonan seperti ini, kami syorkan Puan berhubung dengan pihak JKM atau Pusat Zakat terdekat. Terima kasih.

    1. Terima kasih di atas komen. Untuk permohonan sebegini, kami syorkan untuk berhubung terus dengan pihak JKM terdekat atau persatuan / agensi / komuniti penduduk setempat. Semoga urusan Puan dipermudahkan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju