Misi Kemanusiaan Syria & Lubnan 2026

Musim sejuk kini kembali menyelubungi bumi Syria dan Lubnan. Bagi jutaan pelarian yang berlindung di dalam khemah daif, ketibaan musim ini membawa ujian suhu beku yang amat mencabar.

Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan, delegasi MyCARE bersama Rose2Rose (R2R) akan berlepas bagi menjayakan misi kemanusiaan ke lapangan yang diketuai oleh Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha.

Tarikh: 1 – 10 Disember 2026
Lokasi: Syria & Lubnan
Fokus Utama: Agihan Bantuan Musim Sejuk dan Sokongan Psikososial

Misi ini bertujuan menyampaikan amanah dan sumbangan rakyat Malaysia secara terus kepada keluarga pelarian yang terkesan, di samping menyantuni emosi anak-anak komuniti di sana.

Doakan agar segala urusan perjalanan, keselamatan delegasi, serta proses agihan bantuan dipermudahkan dari awal hingga akhir.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Winter Relief 2026: Selimutkan Daku

“Khemah, tempat tidur, pakaian, dan bekalan makanan kami semuanya tenggelam di bawah air banjir berlumpur.”Rintihan mangsa ini menjadi realiti pahit bagi lebih 100,000 orang pelarian

Harapan Seorang Ibu Bernama Hanaa Saleh

Peperangan yang berlaku di Palestin telah memusnahkan kehidupan Hanaa Saleh dan keluarganya. Mereka terpaksa berpindah dari Tel al-Sultan tanpa sempat membawa apa-apa.   Hanaa bersama

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan