Projek Pemulihan Telaga An-Nuseirat

Di An-Nuseirat, sebuah telaga yang dipulihkan hari ini menjadi harapan buat ratusan keluarga yang bergantung kepada bekalan air bersih untuk meneruskan kehidupan.

 

Konflik yang berpanjangan telah merosakkan banyak infrastruktur air di Gaza Tengah. Akibatnya, keluarga yang berlindung di kawasan penempatan sementara terpaksa berdepan kekurangan air untuk minuman, memasak dan menjaga kebersihan diri.

 

MyCARE dengan kerjasama BATARAS melalui Projek Kecemasan Pemulihan Infrastruktur Air telah berjaya memulihkan telaga air di kawasan Al-Hasaynah, An-Nuseirat.

 

Lokasi: Al-Hasaynah, An-Nuseirat, Gaza Tengah
Penerima manfaat: Kira-kira 1,200 penduduk melibatkan sekitar 200 keluarga.

 


 

 

 

 

 

Projek ini melibatkan kerja-kerja penggerudian telaga, pemasangan paip pelindung sedalam 23 meter, sistem penapisan pasir, pemasangan pam tenggelam lengkap dengan panel kawalan, kerja pendawaian elektrik, sistem perlindungan haba serta pembinaan rangkaian agihan air baharu bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan dengan lebih selamat dan berterusan.

 

Kini, keluarga di kawasan tersebut kembali mendapat akses kepada sumber air yang lebih stabil tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pembekal air persendirian atau menempuh perjalanan yang jauh untuk mendapatkan air bersih.

 

Bekalan air yang lebih mudah diperoleh bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan keluarga, malah menyokong kebersihan diri, mengurangkan risiko penyakit bawaan air dan memberikan persekitaran yang lebih selamat untuk wanita, kanak-kanak, warga emas serta golongan rentan.

 

 

Terima kasih kepada semua penyumbang MyCARE yang terus bersama rakyat Gaza dalam misi mengembalikan akses kepada keperluan asas yang semakin sukar diperoleh.

 

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan membawa harapan kepada mereka yang sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan.

 

Jom bantu di:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa

Agihan bakul sayuran & buah segar

Sanggupkah seorang ibu melihat anak kecilnya menangis kebuluran tanpa khasiat sayur segar berbulan lamanya?   Data rasmi agensi tempatan menunjukkan lebih 85% tanah pertanian di