Eksplorasi Kerjaya 2026: Meneroka Dunia Pendidikan Tinggi di UniversitI MAHSA

Seramai 85 orang anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Pengurusan Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Miskin Sekendi, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dan Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim/Miskin Daerah Sabak Bernam telah berpeluang menyertai lawatan pendidikan ke Universiti MAHSA.

 

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Di samping itu, membina keyakinan dan meningkatkan motivasi para peserta untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Sepanjang lawatan, para peserta telah dibawa mengunjungi pelbagai kemudahan kampus seperti perpustakaan, bilik kuliah, Student Central, kolej kediaman, dan amphitheatre.

 


 

 

 

 

 

 

Pengalaman melihat sendiri kehidupan di kampus berjaya membuka minda peserta tentang peluang pendidikan yang tersedia dan membantu mereka membayangkan masa depan sebagai mahasiswa yang berjaya.

 

Semoga pengalaman ini menjadi pencetus semangat buat anak-anak ini untuk terus berusaha, menuntut ilmu dan mengejar cita-cita yang diimpikan.

 

Teruskan menyokong usaha kebajikan ini melalui:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah