Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik kenyataan Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Yuhafiz Mohd Salleh yang menegaskan bahawa integriti, akauntabiliti serta audit berkala bukan lagi pilihan kepada NGO. Sebaliknya ia adalah syarat utama bagi mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap setiap ringgit yang diamanahkan.
MyCARE setuju semua NGO yang menerima sumbangan daripada masyarakat awam perlu melaksanakan audit kewangan tahunan dan memberikan perhatian yang tinggi terhadap aspek integriti, akauntabiliti, dan tatakelola.
Bagi menambahbaik aspek pemantauan dan kawal selia dana awam yang diuruskan oleh NGO, MyCARE turut menyokong cadangan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Kebajikan (Charities Commission) sepertimana yang telah dipraktikkan di United Kingdom, Australia dan Qatar. Cadangan ini telah pun MyCARE angkat dalam beberapa pertemuan dengan pihak berwajib.
Terdahulu pada 5 Ogos 2019, MyCARE terlibat dalam Persidangan Meja Bulat anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Antara resolusi persidangan tersebut ialah mewujudkan satu jawatankuasa untuk menilai cadangan penubuhan Suruhanjaya Kebajikan untuk menyelaras, memantau dan mengawal selia NGO yang mengutip sumbangan daripada masyarakat awam. Resolusi ini wajar disemak semula.
MyCARE bersedia untuk membantu kerajaan dalam merangka dan merealisasikan penubuhan suruhanjaya ini. MyCARE percaya penubuhan suruhanjaya ini mampu memulihkan keyakinan masyarakat terhadap NGO selain melonjakkan lagi kredibiliti NGO tempatan baik di tanah air mahu pun di peringkat antarabangsa.
Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha,
Pengerusi MyCARE
3 Julai 2026
Penajaan Anak Yatim Yaman
Lebih sedekad konflik yang berterusan di Yaman telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jutaan kanak-kanak dan keluarga. Mereka bergelut untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan,