Penajaan Anak Yatim Yaman

Lebih sedekad konflik yang berterusan di Yaman telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jutaan kanak-kanak dan keluarga. Mereka bergelut untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, penjagaan kesihatan, air bersih dan pendidikan.

Menurut UNICEF, dianggarkan sekitar 500,000 kanak-kanak akan mengalami masalah kekurangan zat makanan akut yang teruk (severe wasting) pada tahun 2026.

Krisis ini turut memberi kesan besar kepada sektor pendidikan apabila kira-kira 4.5 juta kanak-kanak tidak dapat meneruskan persekolahan.

Justeru itu, Kempen Penajaan Anak Yatim Yaman MyCARE hadir membuka ruang kepada rakyat Malaysia menghulurkan bantuan untuk mereka mendapatkan makanan berkhasiat, pakaian, pendidikan serta keperluan asas lain.

Melalui pakej tajaan RM205 sebulan,para penaja akan membantu memenuhi keperluan asas anak yatim seperti:

– Makanan dan nutrisi
– Pakaian dan keperluan harian
– Pendidikan dan kelengkapan pembelajaran
– Sokongan kebajikan serta pemantauan berterusan

Tajaan anda mampu menghadirkan sinar harapan kepada seorang anak yatim yang terkesan akibat konflik dan kemiskinan. Tajaan anda bukan sekadar bantuan kewangan, malah menjadi pelaburan untuk masa depan mereka.

Jadilah penaja hari ini:
https://mycare.qrd.by/sponsorshipyatim

atau teruskan menyokong usaha kebajikan ini melalui:
https://mycare.qrd.by/bay

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan