PEKB 2026 BESUT: Kursus 7 Hari 6 Malam

Alhamdulillah, Kursus sempena Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) yang melibatkan 40 orang peserta ini telah berlangsung pada 10 – 16 Februari 2026 di Temu Primula Hotel, Besut, Terengganu.

 

Kursus ini memberi fokus kepada bidang makanan dan minuman, khususnya dalam bakeri dan produk sejuk beku, sebagai salah satu usaha memperkasa peserta menjana pendapatan.

 


 

 

 

Sepanjang kursus, para peserta telah melalui modul pembangunan yang komprehensif merangkumi:

 

– Pembangunan Minda Insan
– Bina Upaya (Teori dan Praktikal)
– Pembangunan Keusahawanan
– Celik Kewangan

 

Sepanjang modul bina upaya secara teori dan praktikal, 11 jenis produk telah diajarkan kepada peserta iaitu;

 

– Cornflakes Madu
– Nestum Coklat
– Nutella Button
– Kek Butter
– Kek Coklat
– Mee Telur
– Taufu Fah
– Karipap
– Bom Bijan
– Roti/Bun
– Pau

 
Tonton video
 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 40 orang peserta yang berjaya menamatkan kursus ini dengan penuh komitmen dan dedikasi.
Terima kasih kepada semua jurulatih dan fasilitator.

 

Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya, seterusnya membuka peluang kepada peningkatan ekonomi diri dan keluarga.

 

Langkah kecil hari ini, perubahan besar untuk masa depan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah