Sumbangan iftar Palestin daripada UMG

Alhamdulillah, pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menerima sumbangan bagi Tabung Iftar Palestin daripada Untuk Mu Ghazah (UMG) melalui Tuan Haji Abdul Nasser dan Tuan Haji Abdul Rashid (Yayasan As Salam Thailand).

 

Sumbangan berjumlah 1,036,200 Thai Baht (±USD33,000) ini merupakan hasil kutipan kempen yang dilancarkan di Fatoni, Thailand dan akan disalurkan sepenuhnya bagi membiayai program iftar untuk rakyat Palestin yang memerlukan.

 

Majlis penyerahan telah berlangsung di Royal Park Hotel, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada pagi tersebut, dengan kehadiran beberapa tokoh dan pimpinan masyarakat termasuk wakil pertubuhan ulama dan NGO tempatan serta rakan kerjasama dari Malaysia dan Thailand.
 

 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada  UMG dan semua penyumbang atas kepercayaan dan solidariti berterusan terhadap saudara kita di Palestin.

 

Semoga setiap sumbangan menjadi asbab keringanan buat mereka yang sedang berdepan kesukaran.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah