Senyuman kecil simpan seribu kekuatan

Di Lhok Merbo, Acheh, wakil MyCARE Johor yang turut serta dalam Misi Kemanusiaan Acheh 2.0 telah menyampaikan sumbangan sebanyak IDR 400,000 (RM100) kepada Ibu Ramayati, 36 tahun, seorang OKU dan ibu kepada dua cahaya mata kecil berusia 3 tahun dan 1 bulan.

 

Dalam serba kekurangan, beliau tetap kuat membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Sumbangan ini mungkin tidak besar nilainya, namun ia hadir sebagai tanda bahawa beliau tidak keseorangan — ada saudara seiman yang peduli dan bersama meringankan beban mereka menjelang ramadhan ini.

 


 

 

 

 

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus menjadi asbab harapan buat keluarga seperti ini.

 

Semoga setiap ringgit yang diberi menjadi pahala berpanjangan dan sinar baharu buat Ramayati dan anak-anaknya.

 

 

𝑨𝒚𝒖𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒐𝒏𝒈𝒔𝒊 𝒓𝒆𝒛𝒆𝒌𝒊 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈.

 

Atau salurkan melalui:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 135 592
Rujukan: Ramadan Jhr

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah