Untuk sampai ke Desa Sekumur, kami terpaksa meredah sungai dengan perahu kecil kerana jambatan utama musnah akibat banjir.
Pek iftar dipunggah satu persatu, disediakan oleh ibu-ibu yang juga merupakan mangsa banjir November 2025.
Walaupun diuji, mereka tetap mendahulukan orang lain.
Seramai 280 buah keluarga kehilangan rumah dan harta benda. Kami sempat beriftar bersama mereka di Masjid Sekumur dan menyantuni anak-anak dengan aktiviti ringkas.
Di sebalik kehilangan, mereka tetap tabah dan ceria.
Usaha ini dijayakan hasil sumbangan utama Yayasan Buruj dengan kerjasama Rumah Zakat. Doakan agar urusan agihan dipermudahkan dan membawa sedikit sinar buat mereka yang diuji.
Salurkan infaq anda melalui:
Atau ke akaun:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 135 592
Rujukan: ramadan
Bukti pembayaran (bank transfer) boleh dihantar ke:
http://wasap.my/60166366369 atau e-mail myramadan@mycare.org.my
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab kelegaan buat mereka yang diuji, dan menjadi pemberat amal kebaikan buat kita semua.