MyCARE Road Tour 3.0 2025 – Melaka Telah Selesai, Kini Giliran Johor

Setiap hari, anak-anak Palestin bangun dengan bunyi letupan, bukan bunyi jam loceng sekolah. Mereka berlari mencari tempat perlindungan, bukan ke padang permainan.

 

Mereka menahan lapar, bukan memilih menu sarapan.

 

Hidup mereka penuh duka, tapi semangat mereka tak pernah padam.

 

Mereka masih tersenyum, masih belajar, masih berdoa.

 

Kerana mereka percaya – dunia ini masih mempunyai insan-insan yang peduli akan penderitaan mereka. Dan di sinilah kita hadir menunjukkan solidariti.

 

Melalui MyCARE Road Tour 3.0 2025 – kini di Johor, bersama-sama kita tunjukkan bahawa sahabat-sahabat kita di Palestin tidak berjuang berseorangan.

 

 


 

 


 

 

Jadual Program

 

21 Ogos – Talkshow Kemanusiaan di Radio Best FM
22 Ogos – Ceramah & Solidariti Palestin
23 Ogos – Hi-Tea Kemanusiaan : Bersamamu Palestin
24 Ogos – Kuliah Subuh Palestin, Program Semarak Kemerdekaan dan Ride Konvoi Kemanusiaan Bersamamu Palestin

 

Kehadiran anda bukan sekadar “hadir” – tetapi tanda bahawa Palestin tidak pernah sendiri.

 

Setiap doa, setiap sumbangan, setiap langkah bersama mereka adalah sinar harapan buat Palestin.

 

Mari kita pilih untuk peduli.

 

Kerana solidariti ini bukan sekadar tentang Palestin, ia tentang kemanusiaan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Misi Kemanusiaan Syria & Lubnan 2026

Musim sejuk kini kembali menyelubungi bumi Syria dan Lubnan. Bagi jutaan pelarian yang berlindung di dalam khemah daif, ketibaan musim ini membawa ujian suhu beku

Winter Relief 2026: Selimutkan Daku

“Khemah, tempat tidur, pakaian, dan bekalan makanan kami semuanya tenggelam di bawah air banjir berlumpur.”Rintihan mangsa ini menjadi realiti pahit bagi lebih 100,000 orang pelarian

Harapan Seorang Ibu Bernama Hanaa Saleh

Peperangan yang berlaku di Palestin telah memusnahkan kehidupan Hanaa Saleh dan keluarganya. Mereka terpaksa berpindah dari Tel al-Sultan tanpa sempat membawa apa-apa.   Hanaa bersama