Letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah mengubah hidup ramai keluarga dalam sekelip mata. Dalam sekelumit detik, tempat tinggal musnah, keperluan harian lenyap, dan harapan menjadi kabur.
Sebagai respon segera, MyCARE telah tampil mengagihkan bantuan kecemasan kepada keluarga yang terjejas.
Antara barangan yang disampaikan termasuk stokin, seluar panjang wanita, baju lengan panjang, biskut, pampers kanak-kanak (saiz XL dan L), mee segera, kain sarung lelaki dan wanita, bantal, selimut, tuala dewasa dan kanak-kanak serta kit kebersihan yang merangkumi berus gigi dan sabun.
Bantuan ini bukan sekadar barangan – ia adalah tanda bahawa mereka tidak bersendirian.
Setiap bantuan yang disampaikan membawa mesej kasih sayang dan keprihatinan daripada rakyat Malaysia.
MyCARE turut menghantar pasukan sukarelawan untuk membantu, termasuk dalam kerja-kerja membersih dan menyantuni mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights.
Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang menjadikan misi bantuan ini satu kenyataan.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”
EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan
Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE