[Belasungkawa] Ucapan Takziah Atas Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi

1. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke rahmatullah Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada usia 85 tahun.

2. Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-5 dari tahun 2003 sehingga 2009 bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

3. Pemergian Allahyarham Tun Abdullah, yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah, merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga tersayang, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang pastinya turut merasai kehilangan ini.

4. Allahyarham Tun Abdullah akan dikenang sebagai seorang negarawan yang berjiwa besar, berhemah tinggi, yang sentiasa menekankan nilai keterbukaan, integriti dan menjunjung prinsip kesederhanaan dalam kepimpinan.

5. Allahyarham Tun Abdullah adalah pemimpin yang sentiasa mendengar, dihormati, disegani, dengan gaya kepimpinan yang tenang tetapi tegas dalam menangani isu-isu dihadapi negara. Allahyarham Tun akan terus menjadi inspirasi kepada pemimpin di masa hadapan.

6. Allahyarham Tun Abdullah telah memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari, memperkukuhkan institusi dalam negara, memberi penekanan kepada pemahaman Islam yang menyeluruh, progresif dan inklusif dalam konteks masyarakat berbilang agama dan bangsa.

7. Allahyarham Tun Abdullah akan turut dikenang sebagai pemimpin negara yang telah memberi penekanan kepada pembangunan modal insan serta membawa gagasan cemerlang, gemilang dan terbilang.

8. Pemergian Allahyarham Tun Abdullah merupakan satu kehilangan besar buat negara.

9. MyCARE mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan ditempatkan Allahyarham dalam kalangan para Solihin dan Mukminin, Aamiin Yaa Rabb.

للَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Bin Mustapha
Pengerusi
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan