[MyRamadan] Syria terus diuji, tetapi kita tidak pernah berhenti

Alhamdulillah, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, MyCARE telah berjaya mengagihkan 5,000 ikat roti kepada keluarga asnaf di Syria yang sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan.

 

Di bumi yang masih berdepan kesan peperangan ini, mendapatkan makanan harian bukanlah perkara mudah. Harga gandum melambung tinggi, bekalan semakin berkurang, dan ramai keluarga terpaksa mengikat perut berhari-hari.

 

Betapa besarnya impak sedekah kita! Rasulullah ﷺ bersabda:

 

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makanan, sambunglah silaturrahim, dan solatlah ketika manusia sedang tidur (qiyamullail), nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

 


 

 

 

 

Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi asbab rezeki buat mereka. Walaupun hanya dengan sekeping roti, kita mungkin sedang menghapuskan kelaparan seseorang di bumi Syria.

 

Ayuh bersedekah sekarang:

 

ATAU

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Misi Kemanusiaan Syria & Lubnan 2026

Musim sejuk kini kembali menyelubungi bumi Syria dan Lubnan. Bagi jutaan pelarian yang berlindung di dalam khemah daif, ketibaan musim ini membawa ujian suhu beku

Winter Relief 2026: Selimutkan Daku

“Khemah, tempat tidur, pakaian, dan bekalan makanan kami semuanya tenggelam di bawah air banjir berlumpur.”Rintihan mangsa ini menjadi realiti pahit bagi lebih 100,000 orang pelarian

Harapan Seorang Ibu Bernama Hanaa Saleh

Peperangan yang berlaku di Palestin telah memusnahkan kehidupan Hanaa Saleh dan keluarganya. Mereka terpaksa berpindah dari Tel al-Sultan tanpa sempat membawa apa-apa.   Hanaa bersama