[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?

 

Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk keluarga miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya, dan mereka yang kehilangan tempat tinggal.

 

Setiap hidangan mengandungi 600 gram nasi dan 300 gram daging, memberikan sumber protein yang amat diperlukan dalam keadaan sekatan makanan yang semakin meruncing.

 

Dapat juga mereka merasa keenakan daging di bulan Ramadan ini. Terima kasih penyumbang MyCARE!

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Hari ini adalah Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan, hari penuh keberkatan yang mungkin menjadi peluang terakhir kita untuk merebut ganjaran sedekah sebelum Syawal menjelang.

 

Bayangkan pahala yang menanti apabila setiap suapan yang mereka nikmati hasil dari sumbangan anda menjadi bekalan amal yang kekal di sisi Allah.

 

Sedekah di akhir Ramadan lebih bermakna kerana ia mungkin jatuh pada malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Firman Allah:

 

“Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 3)

 

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Hulurkan sedekah anda hari ini.

 

Ayuh bersedekah sekarang:

 

ATAU

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan