MyCARE raikan penaja anak yatim

JOHOR BAHRU, 8 Apr 2017 – Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Yg Bhg En Azman bin Adnan telah berkenan melancarkan Modul Kesukarelawanan MyCARE dan Pelancaran Kempen Penajaan Anak-anak Yatim peringkat Negeri Johor. Program ini adalah bagi meraikan penaja-penaja anak-anak yatim Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan FIlipina yang diuruskan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).







Lagi gambar-gambar di album MyCARE Johor
Di dalam majlis tersebut, Pn Roha Hassan iaitu Pengurus Besar MyCARE membentangkan objektif dan pelaksanaan projek tajaan anak-anak yatim dan bagaimana MyCARE sebagai pertubuhan kemanusiaan melibatkan diri di dalam usaha-usaha kempen kesedaran, menghantar misi-misi bantuan dan menyampaikan bantuan-bantuan kemanusiaan di lebih 20 negara di dunia, khusunya yang sedang dilanda konflik dan mala petaka semulajadi. “Anda semua para penaja dan penderma adalah hero dan pejuang sebenar,” ujar Pn Roha di dalam ucap terima kasih di majlis tersebut.

Dr Mohd Zin sebagai Pengerusi MyCARE Johor membentangkan pengalaman beliau menemui warga Gaza dan Syria di dalam misi-misi dan diantaranya ialah anak-anak yatim yang kini tinggal bersama penjaga masing-masing setelah ayah mereka menjadi syuhada’ kerana serangan. Dr Zin turut membentangkan program kesukarelawanan di sekolah-sekolah yang mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Johor.
Di dalam ucapan Yg Bhg En Azman Adnan, pihak Jabatan sentiasa menyokong inisiatif untuk mendidik generasi muda akan nilai-nilai murni kesukarelawanan yang dijalankan MyCARE. Beliau berharap lebih ramai sekolah akan memanfaat modul yang dibangunkan MyCARE dan ianya juga bertepatan dengan wawasan 2020 ke arah melahirkan masyarakat Prihatin dan juga sesuai dengan Rancangan Pembangunan Pendidikan Nasional 2015-2025.
En Azman turut menyampaikan replika cek kepada MyCARE sejumlah RM87,110.00 bagi disalurkan untuk rakyat Palestin hasil dari kutipan di sekolah-sekolah di Johor. Sijil-sijil penghargaan turut diberikan kepada En Mas Imran dari Econsave, Tadika dan Taska Iman, Tadika Darul Ilmu, SRI Hidayah, SMI Hidayah, SMK Taman Daya, Pusat Islam UTM dan beberapa individu yang menghulurkan sumbangan kemanusiaan melalui MyCARE. Majlis turut diserikan dengan nasyid anak-anak yatim Rohingya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pembedahan untuk pesakit Gaza

Di Gaza hari ini, mendapatkan rawatan pembedahan bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi kepada keluarga dalam kategori miskin dan rentan.   Hospital beroperasi dalam keadaan

Kempen Penajaan Anak Yatim MyCARE

Projek Penajaan Anak Yatim MyCARE merupakan program tajaan jangka panjang yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010. Program ini bertujuan untuk membantu anak-anak yatim yang menjadi

EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan

Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE

MyQurbani Aceh

“Setiap kali hujan turun, kami masih trauma jika banjir berlaku lagi. Kami belum pulih sepenuhnya daripada banjir yang lalu.” Demikian luahan Pak Ferdi, salah seorang