Alhamdulillah. Dengan izin Allah, pembinaan semula sekolah al-Solah dan Siti Khadijah sudah masuk di fasa ke-3. Dengan izin Allah juga, projek ini berjalan dengan lancar kerana kekurangan kekangan dari pihak Zionis Israel seperti sekatan-sekatan bahan binaan yang dibawa masuk ke Gaza.
Mohon doa dari seluruh rakyat Malaysia supaya segalanya berjalan dengan lancar dan tiada sekatan dari Zionis Israel bagi merealisasikan keinginan anak-anak Gaza untuk bersekolah semula.




Terima kasih kepada Econsave Cash & Carry atas inisiatif membina balik Gaza dari segi pendidikan. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di tabung MyCARE yang berada di cawangan-cawangan pasaraya Econsave di seluruh Malaysia.
Terima kasih atas pelaburan duit sen dan ringgit anda. InsyaAllah saham di akhirat menggunung tinggi. Terima kasih kerana anda, anak-anak Gaza bakal dapat pendidikan.
Walk for Humanity: Giving Hope
Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan