Sekali lagi MYDIN Malaysia memberikan sumbangan kupon untuk membeli makanan kepada 17 keluarga Migran Syria di bawah Projek oleh KDN dan Gabungan NGO Kemanusiaan Syria (GNKS).

Bermula dengan sumbangan kali pertama pada 28 Mei ketika ketibaan saudara dan saudari Syria, pihak MYDIN meneruskan sumbangan berbentuk kupon yang bernilai RM7700 untuk bulan Ogos.

Para penerima sumbangan menerimanya penuh syukur dan memanfaatkan pemberian tersebut untuk membeli barang-barang dapur dan keperluan harian.

Pihak MyCARE dan keluarga Migran Syria juga sempat menghantar surat takziah sempena pemergian Haji Mydin Mohamed Ghulam Hussein.

Mydin adalah antara syarikat korporat yang terawal memberi sumbangan apabila mendapat khabar kedatangan migran Syria.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Ameer Ali Mydin selaku Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad serta staff-staff yang terlibat sepanjang program bersama MyCARE.

Semoga pasaraya MYDIN Malaysia terus maju dan istiqamah menyantuni kerja-kerja kemanusiaan serta jalinan bersama MyCARE berpanjangan.

FB MYDIN Malaysia

===================================

Bantu kami membantu mereka dengan menyalurkan sumbangan melalui;

Dua langkah berikut:

1) Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’:
Maybank Islamic : 5515-7500-4299
JomPAY Biller Code: 6197

Atau

Malaysia Humanitarian Aid & Relief
Maybank : 5623 5751 1640

2) Maklumkan melalui email ke [email protected] bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke +6019-3178857 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Migran Syria’

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE:
+603-8941 2341 atau 012-4317948 atau 013-3390859

 

EDIT 15 Jun 2017: Nombor akaun di atas sudah tidak digunakan lagi. Sila rujuk bahagian ini untuk nombor akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad yang terkini >>> https://www.mycare.org.my/donate/ 

Terima kasih.