Status Penajaan Anak Yatim

Alhamdulillah, berkat sokongan dan sumbangan daripada para penaja anak yatim MyCARE, seramai 1,225 orang anak yatim Palestin, Syria, Rohingya dan Filipina di bawah seliaan MyCARE telah menerima penajaan untuk tempoh minimum 1 tahun. Terima kasih kami ucapkan.
Bagi anda di luar sana yang berminat untuk menaja anak-anak yatim yang memerlukan perlindungan, masih terdapat 1275 orang anak yatim yang menanti penajaan dermawan yang prihatin.
Penajaan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Tempoh penajaan minima adalah selama setahun dan penaja digalakkan untuk terus menaja sehingga anak-anak ini berumur 18 tahun.
Ayuh sebar dan luaskan Program Penajaan Anak Yatim MyCARE ini agar kita dapat sama-sama mencipta masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini.
Borang online boleh didapati di sini:

Pihak MyCARE juga menerima sumbangan dalam apa sahaja amaun untuk Tabung Umum Penajaan Anak Yatim. Tabung ini akan kami manfaatkan untuk membantu anak-anak yatim yang masih belum mempunyai sebarang penajaan tetap.
Sumbangan boleh dimasukkan atas nama:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
Maybank – 5515 7500 4299
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592
JomPay: 6197
Reference 1: “AY umum/ Kod tajaan”
Reference 2: “No telefon”
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Bahagian Penajaan di 03-89412341 / 013-7444760
atau emel ke sponsorship@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts: