WORLD ORPHAN DAY

Sepanjang bulan November ini Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) akan menjayakan kempen “Bulan Anak Yatim”. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif dalam mempromosikan projek penajaan anak yatim. Usaha ini dijalankan sempena hari Anak Yatim Sedunia dan Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut pada bulan ini. Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia ini diraikan sebagai satu penghormatan dan pengiktirafan oleh kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak.

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang kempen ini adalah riadah(picnic) bersama anak-anak yatim Rohingya dan rakyat Malaysia, Sponsor An Orphan In Palestine di masjid-masjid terpilih, Sponsor An Orphan Friend disekolah-sekolah dibawah rangkaian IKRAM-MUSLEH serta program Back2School (http://www.mycare.org.my/back2school/)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Insan:

“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan (sambil berkata) Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredaan Allah, kami tidak mengharap sebarang balasan dan ucapan terima kasih daripada kamu. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari (ketika) orang yang bersalah berwajah masam penuh kesulitan. Maka Allah memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepda mereka keceriaan dan kegembiraan. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan allah dengan meninggalkan laranganya) dengan surga dan (pakaian daripada) sutera.” [Al-Insan : 8-12]

Oleh itu kami menyeru rakyat Malaysia agar dapat turut serta menjayakan kempen “Bulan Anak Yatim” ini agar dapat bersama-sama membantu anak-anak yatim di negara-negara yang mengalami krisis dan bencana.

Salurkan sumbangan anda melalui:
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
 
Hantarkan Bukti pembayaran kepada MyCARE melalui
email: account@mycare.org.my
Whatsapp: 01337444760
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi :
Pn. Raimi/cik ila 03-89412341 / 013-7444760
Eksekutif Projek Penajaan
Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE)
atau emel:projects@mycare.org.my

World Orphan Day
Salurkan sumbangan anda melalui: Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Bank Islam: 1209 2010 0349 04 CIMB: 8602 135 592

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari