VOLUNTEER – ONLINE Winter Relief

โ€œShe should have been warm.โ€

Inilah kata-kata seorang ibu pelarian Syria apabila anaknya Yasmin yang berusia 1 tahun meninggal di dalam dakapannya pada satu malam yang sejuk membeku di kem pelarian Rukban.

Ingin mengisi waktu terluang di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dengan membuat amal kebajikan?

Khabar gembira buat anda untuk menjadi sukarelawan kami sempena kempen Winter Relief yang sedang berlangsung. Di kala COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya, aktiviti di luar pula dihadkan agar penularan wabak dapat di kawal. Justeru, kami membuka peluang kepada anda untuk menjadi sukarelawan dalam masa yang sama menyumbang kepada isu-isu kemanusiaan hanya duduk di rumah sahaja.

SUKARELAWAN DIPERLUKAN

  • Jika anda mempunyai akaun Facebook, Instagram & Twitter (salah satu)
  • Individu atau kumpulan sukarelawan seperti KELAB / PERSATUAN (Logo kelab / persatuan akan dipaparkan di akhir kempen di laman sosial MyCARE)
  • Memberi komitmen yang amat baik sepanjang kempen

Jom sertai kami untuk kempen Winter Relief bersama MyCARE di link pendaftaran ini:

(Anda akan dimasukkan dalam group WhatsApp)

Tarikh tutup daftar: 29 Oktober 2020

Dafttar sekarang, peserta terhad!

Semoga ada sinar baharu buat mereka yang memerlukan. Aaminn.

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah