[Volunteer] Misi Bantuan Banjir Johor 2023 (3)

Misi bantuan banjir diteruskan pada 12 Mac, pasukan Sukarelawan MyCARE HQ mulakan operasi agihan set kelengkapan tidur berupa bantal, tilam, selimut, tikar lipat dan comforter.
 
Kawasan kampung yang dikunjungi dan diagihkan adalah di Seri Medan iaitu Kampung Parit Baru dan Kampung Parit Singgahan, manakala di Parit Sulong pula di Kampung Parit Pulai dan PPS Sekolah Menengah Agama Parit Sulong.
 
Rata-rata rumah di kawasan kampung ini masih ditenggelami air ekoran fenomena ‘Air Termenung’ iaitu keadaan air yang terperangkap dan tidak dapat mengalir semula ke parit atau sungai.
 

 

 

 

 

 

 

 
Ekoran situasi ini, pendekatan agihan rumah ke rumah sambil menaiki lori dan pacuan 4 roda digunakan supaya bantuan dapat diagihkan.
 
Para penerima bantuan kali ini mengucapkan jutaan terima kasih atas pemberian set kelengkapan ini dan mereka mendoakan semoga semua pihak yang terlibat diganjarkan dengan imbalan yang sebaiknya.
 
Teruskan membantu dan menyokong usaha murni para Sukarelawan MyCARE di seluruh negara dengan menyumbang di:
https://mycare.qrd.by/volunteerfund

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah