Training of Trainers Child Trauma Psychosocial Response di Gaza

MyCARE Gaza dengan kerjasama agensinya, Rose2Rose mengakhiri sesi latihan Fasa 1 Training of Trainers Child Trauma Psychosocial Response kepada 50 orang guru pendidikan awal kanak-kanak melalui Persatuan Sekolah Swasta dan Tadika, Gaza.

Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian bermula pada bulan Oktober sehingga November 2021 yang diketuai oleh Dr. Tuti Iryani Mohd Daud dan pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kursus ini memberi tumpuan kepada penyediakan sokongan psikologi untuk kanak-kanak trauma berumur 8-14 tahun.

Kotak Alat Pertolongan Cemas Psikologi telah diedarkan kepada peserta pada akhir latihan bagi memulakan Fasa (2) projek yang akan bermula pada Januari 2022.

Pelatih menerima peti peralatan dan sijil penyertaan dalam majlis penutup projek.

Jazakumullahu khairan kathira kepada para penyumbang MyCARE atas sumbangan anda. Generasi ini bakal bangkit atas kasih sayang anda.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah