TRAINING OF PALESTINE SPECIALIST (TOPS) 2026 “Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa”

Bersempena dengan Global Day of Action oleh Global Alliance for Palestine (GAFP) dan Minggu Peringatan Genosida Gaza oleh gabungan NGO Malaysia, MyCARE akan menganjurkan Training of Palestine Specialist (TOPS) 2026.

TOPS 2026 membariskan pakar-pakar bidang yang akan mengupas isu Palestin dari sudut sejarah, agama, dan geopolitik secara kritikal dan analitikal dalam misi untuk melahirkan barisan advokator Palestin yang seterusnya.
 
ANTARA TOPIK YANG AKAN DIKUPAS:
 
– Memahami Akar Permasalahan: Kupasan isu Palestin dari perspektif agama dan sejarah dan bagaimana ia mempengaruhi penjajahan Zionis serta perjuangan rakyat Palestin;

– Geopolitik & Perkembangan Terkini: Bedah siasat realiti dan ancaman terhadap Baitulmaqdis, impak Taufan Al-Aqsa, dan hala tuju masa depan Palestin;

– Tindakan Solidariti Global: Memahami strategi gerakan solidariti global dan bagaimana kita boleh turut serta menyumbang.
 
BUTIRAN PROGRAM

Tarikh: 10 & 11 Oktober 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
Lokasi: MyCARE HQ, Seri Kembangan
 
YURAN PENYERTAAN

Pelajar: RM30/orang
Aktivis & Sukarelawan MyCARE: RM50/seorang
Orang Awam: RM50/orang (early bird) / RM70/orang

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi suara buat mereka yang masih dikepung dan ditindas.

DAFTAR SEKARANG selagi slot masih ada.
 
Tekan pautan untuk mendaftar:
https://mycare.qrd.by/tops2026

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!