Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.
Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000 anak-anak kecil di Gaza kini mengalami kekurangan zat makanan akut.
Krisis kebuluran ini bertambah parah apabila ibu-ibu yang menyusu turut mengalami malnutrisi serta kekeringan susu badan.
Menyedari ancaman maut yang membayangi si kecil ini, MyCARE memperhebat agihan pek susu formula dan lampin serta menyantuni kaum wanita melalui bantuan kit penjagaan wanita.
Inisiatif di bawah projek Bina Semula Gaza ini menyasarkan bekalan nutrisi segera dan kebersihan diri khusus buat keluarga paling daif.
Langkah intervensi ini membolehkan bayi yang lemah menerima zat penting demi mempertahankan daya tahan tubuh mereka, manakala bantuan kit wanita akan melindungi maruah mereka.
“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.” HR Ibn Hibban
Penyelamatan awal melalui pembekalan susu dan nutrisi bayi ini kekal menjadi keutamaan kritikal dalam operasi kemanusiaan di Gaza.
Sekalung penghargaan kami titipkan kepada para dermawan budiman yang sentiasa setia bersama perjuangan kemanusiaan MyCARE.
Moga kebaikan tulus anda menghentikan tangisan bayi-bayi di Gaza serta diganjari kurniaan rahmat yang melimpah ruah.
Jom bantu di:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza
Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan. Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan