[TOV] Latihan Civil Defence Auxiliary (CDA) bersama APM

“Bersedia sebelum bencana, Bertindak pantas ketika krisis, Bangkit bersama selepasnya…”

 

MyCARE HQ telah melaksanakan latihan Civil Defence Auxiliary (CDA) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Langat selama 2 hari, melibatkan seramai 26 peserta terdiri daripada staf dan sukarelawan MyCARE.

 

Latihan ini bertujuan untuk:

 

– Meningkatkan kefahaman asas pengurusan bencana
– Memperkukuh tindak balas awal ketika kecemasan
– Membina kesediaan sukarelawan bantuan di lapangan

 

Sepanjang sesi latihan, peserta didedahkan kepada:

 

– Peranan APM dalam respon bencana
– Pengurusan keselamatan diri dan bantuan kecemasan
– Simulasi asas yang menekankan koordinasi dan disiplin pasukan

 


 

 

 


 

 

 


 

 

Latihan ini bukan sekadar meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi satu langkah penting dalam membina barisan sukarelawan yang berdaya tahan, terlatih dan bersedia digerakkan apabila bencana berlaku.

 

MyCARE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak APM Hulu Langat atas perkongsian kepakaran serta komitmen dalam memperkukuh kesiapsiagaan sukarelawan melalui latihan ini.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah