Tabung Kecemasan Lubnan

Semalam kita dikejutkan dengan satu berita mengenai letupan maha dahsyat berlaku di Lubnan. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menzahirkan rasa simpati dengan rakyat Lubnan atas tragedi hitam ini.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai letupan semalam:

1. Kementerian Kesihatan Lubnan merekodkan bahawa sekurang-kurangnya 78 kematian dan 4,000 orang mengalami kecederaan.

2. Impak letupan kecil disusuli dengan letupan yang maha dahsyat cukup untuk menghancurkan sebuah bandar.

3. Krisis ekonomi yang teruk di Lubnan serta penularan wabak COVID-19 menambahkan lagi derita rakyat Lubnan.

4. Salah satu rakan NGO kami di Lubnan, Ghirass for Society Development turut terkesan. Ghirass bertanggung jawab mengendalikan projek Anak Yatim MyCARE dan keluarga miskin tajaan rakyat Malaysia. Pada tahun 2016, Ghirass juga terlibat dalam Program Penempatan Migran Syria di Malaysia yang dianjurkan Kerajaan Malaysia.

5. Dalam jarak 1km dari letupan, terdapat pelbagai kemudahan yang musnah seperti Hospital Besar St. George, Masjid, Gereja, Universiti, Istana Grand Serail dan lain-lain.

6. Tular video-video di Internet menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di jalan, bapa membawa jenazah anaknya serta ratusan mangsa memenuhi ruang luar hospital.

Atas dasar menjunjung kemanusiaan, pihak MyCARE mewakili rakyat Malaysia akan menyalurkan sumbangan bantuan kepada penduduk Lubnan yang terkesan dengan tragedi ini.

Sumbangan yang akan disalurkan berupa:

1. Bantuan perubatan kecemasan kepada mangsa
2. Pek makanan kepada keluarga terkesan
3. Perbelanjaan kediaman yang musnah

Atas dasar kemanusiaan, ayuh bersama kami meringankan beban sahabat-sahabat kita di Lubnan. Salurkan sumbangan anda sekarang di:

https://donate.mycare.org.my/c/appeal

atau

Humanitarian Care Malaysia
CIMB
8602 135 592

Rujukan: Lubnan

No tel: 016 6366 369
Email: appeal@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan