Tabung Kecemasan Baling

Hujan lebat selama 3 jam telah mengakibatkan banjir kilat melanda di Baling. Rakaman dan foto yang dikongsi di media menunjukkan arus yang deras telah menenggelamkan serta memusnahkan rumah-rumah penduduk.

 

Hari ini kita mendapat khabar buruk mangsa korban seorang ibu hamil berpelukan dengan ibu mentuanya serta seorang lagi remaja dijumpai di timbunan kayu.

 

Bapa mangsa menceritakan situasi tragis kehilangan 3 daripada ahli keluarganya serta rumah beliau turut dihanyutkan dalam bencana ini.

 

Sekurang-kurangnya 11 buah kampung terjejas dan 3 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

 

Operasi pemindahan penduduk yang terjejas sedang giat dijalankan.

 

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama membantu mangsa-mangsa bencana banjir di Baling bagi meringankan beban mereka.

 

Ayuh bersama ringankan beban mereka di

 

Kami mohon secebis tenaga tuan/puan untuk sebar dan tularkan kepada keluarga dan rakan-rakan.

 

MyCARE merupakan rakan strategik NADMA.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah