Tabung Bantuan Perubatan Pelarian Syria

Konflik di Syria telah masuk tahun ke-6. Perang yang berlarutan telah mencetuskan krisis pelarian TERBESAR di dunia. Lebih 50% rakyat Syria hari ini hidup sebagai pelarian.
Lubnan mempunyai populasi pelarian Syria yang KEDUA TERBESAR selepas Turki iaitu sebanyak 1.1 juta orang. 1 daripada 4 orang di Lubnan hari ini adalah pelarian Syria. Lambakan pelarian Syria ini telah menyebabkan kem-kem pelarian mengalami kekurangan sumber pada tahap yang kritikal.
1 daripada 4 orang anak-anak pelarian Syria mengalami malnutrisi atau pun anaemia. Pesakit yang mengalami masalah kronik tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Wanita mengandung dan menyusu berdepan dengan pelbagai komplikasi kesihatan sama ada mental mahu pun fizikal.


 
Justeru, IMARET, IKRAMHealth dan MyCARE telah bersetuju untuk menghantar satu misi khas ke Lubnan untuk menyantuni para pelarian Syria di sana. Misi ini akan menyalurkan bantuan berupa:
1. Bantuan perubatan
2. Pemeriksaan dan rawatan gigi
3. Bantuan psikososial
4. Pek makanan
5. Bantuan kepada anak yatim
photo_2016-04-23_19-27-53
Misi ini mensasarkan bantuan bernilai RM200,000. Misi akan ini akan berlangsung dari 3-10 Mei 2016. Ayuh bersama menyumbang untuk menjayakan misi ini. Sumbangan boleh disalurkan ke:
‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic Berhad: 5515 7500 4299
Emelkan slip sumbangan anda ke account@mycare.org.my untuk mendapatkan resit.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
1. Ahmad Fansuri (Imaret) : 012-5235315
2. Roha Hassan (MyCARE) : 012-4317948
3. Dr Abdul Halim (IkramHealth) : 012-9735830
4. Pej MyCARE : 03-89412341
 

6 comments

    1. Thank you for your support. Please follow our social medias for the latest updates and activities. For further enquiries, please contact our HQ at +603-8941 2341.

  1. Hello I run a small organisation myself and has been changing donations through this Humanitarian Care Malaysia Berhad. Please let me know if there’s any other source of help that will be needed.

    1. Thank you for your continuous support and contributions. Please follow our FB pages for the latest activities updates.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Malapetaka 15 Mei 1948

An-Nakbah bermula pada tahun 1948, rentetan daripada pengisytiharan negara Israel. Secara paksa, lebih 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka, manakala ratusan bandar

Pakej Pilihan Palestin

78 tahun berlalu sejak tragedi Nakbah 1948, namun luka rakyat Palestin masih belum sembuh. Hingga hari ini, jutaan warga Palestin terus hidup sebagai pelarian, dinafikan

Car boot sale @ Kota Damansara

Kami sedang mengumpul barangan terpakai untuk dijual di Kota Damansara seperti tarikh di poster.Barangan terpakai yang kami sasarkan ialah seperti: Perkakas rumahBeg atau handbagMainan kanak-kanak

Ikuti perjalanan flotilla secara rasmi

Empat kapal FFC dengan 30 peserta dari 12 negara telah memulakan pelayaran dari Sicily.Freedom Flotilla Coalition menyeru komuniti antarabangsa, masyarakat sivil, dan pihak media agar