Sumbangan untuk asnaf B40

Di Malaysia, masih ramai keluarga yang menjalani kehidupan dengan serba kekurangan walaupun tinggal di tengah pembangunan bandar.

 

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporan terkini 2025, kumpulan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah yang terus berdepan tekanan kos sara hidup, terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan tidak tetap, warga emas, ibu tunggal dan pekerja sektor tidak formal.

 

Bagi mereka, setiap bantuan kecil membawa makna yang besar untuk meneruskan kehidupan harian.

 

MyCARE telah melaksanakan agihan bantuan kepada keluarga asnaf B40 di sekitar Lembah Klang. Seramai 50 buah keluarga telah menerima bantuan melalui program ini.

 

Agihan telah dilaksanakan di dua lokasi utama iaitu Taman Muhibbah, Seri Kembangan yang melibatkan 30 buah keluarga serta Sungai Chua, Kajang yang melibatkan 20 buah keluarga.

 


 

 

 

 

 

 

Keluarga yang menerima bantuan terdiri daripada golongan yang benar-benar memerlukan termasuk keluarga berpendapatan rendah, warga emas yang tinggal bersendirian serta isi rumah yang bergantung kepada pendapatan harian yang tidak menentu.

 

Dalam Islam, membantu golongan asnaf merupakan amanah besar kepada umat Islam. Setiap bantuan yang disalurkan bukan sekadar meringankan beban kewangan, tetapi juga membawa harapan dan rasa dihargai kepada mereka yang sedang berjuang dalam kehidupan.

 

Bantuan ini juga menjadi peringatan bahawa di sebalik kesibukan kehidupan bandar, masih ada saudara-saudara kita yang memerlukan sokongan dan keprihatinan masyarakat.

 

Terima kasih kepada para penyumbang yang terus mempercayai MyCARE dalam menyalurkan amanah kepada mereka yang memerlukan.

 

Salurkan infaq anda melalui:

 

Atau ke akaun:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 

Bukti pembayaran (bank transfer) boleh dihantar ke:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk