Sumbangan kepada para pelajar tahfiz Rohingya

JOHOR BAHRU, 28 Disember 2017 – Alhamdulillah,hari ini pengurusan MyCARE Johor dan beberapa orang sukarelawan yang diketuai oleh Puan Junaidah telah berkesempatan menyampaikan beberapa sumbangan kepada madrasah tahfiz komuniti Rohingya yang menetap di Kampung Skudai Kiri. Antara sumbangan orang ramai yang dikelolakan oleh MyCARE ialah baikpulih lantai madrasah, pemberian Al-Quran dan rehal, kipas angin, sejadah, telekung, buku tulis dan keperluan kembali ke sekolah serta beberapa helai jubah bagi kegunaan pelajar-pelajar dan ustaz yang mengajar anak-anak ini.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan diharapkan sumbangan anda semua dapat diteruskan untuk saudara-saudara kita yang memerlukan.Semoga sumbangan anda akan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran baik di dunia mahu pun akhirat kami doakan.
Untuk menyumbang secara online bolehlah salurkan sumbangan anda ke nombor akaun seperti yang tertera di bawah.
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
WhatsApp / Telegram slip bayaran anda untuk dikemaskini ke:
Dr. Mohd Zin bin Kandar, Pengurus MyCARE Johor – 019-7342539 .
En. Mohd Saadon bin Suleiman, Penyelia Operasi MyCARE Johor – 018-9677215

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk