Sumbangan dihulur terus kepada mangsa gempa bumi

Desa Kekait 2, Kabupaten, Lombok Barat, merupakan salah satu daripada kawasan yang teruk dilanda gempa baru-baru ini. Kebanyakan dari mereka kini tinggal di khemah-khemah sementara yang didirikan menggantikan tempat tinggal mereka sebelum ini yang kurang selamat untuk diduduki, di mana sebahagian daripada binaan tiang asas serta dindingnya telah menampakkan keretakan.
Para aktivis dan sukarelawan MyCARE telah sempat bertemu dengan beberapa orang penduduk di sini dan menyantuni mereka bagi mengurangkan tekanan perasaan mereka yang kebanyakannya masih lagi trauma dan terkesan dengan kejadian gempa yang telah melanda mereka. Di samping itu pihak MyCARE juga telah sempat menyalurkan bantuan dan sumbangan dari rakyat Malaysia serta Pasaraya Econsave kepada penduduk di sini. Antara penempatan yang teruk dilanda gempa di sini adalah sebuah pesantren, di mana pesantren ini menempatkan pelajar-pelajar madrasah yang saban hari belajar di sini dan terpaksa tinggal di khemah-khemah buat masa ini.




Lagi gambar-gambar di FB MyCARE Johor
Kepada anda yang ingin menyalurkan bantuan bagi meringankan bebanan saudara-saudara kita di sini bolehlah salurkan sumbangan anda ke:
“Humanitarian Care Malaysia Berhad”
MAYBANK 5642-5856-0698
CIMB 8602-135-592
BANK ISLAM 1209-2010-0349-04
Sila hantarkan slip bank/bukti pembayaran beserta maklumat berikut kepada MyCARE JOHOR.
+6018-9677215 (Saadon)
+6019-7342539 (Dr. Zin)
Semoga sumbangan yang anda hulurkan akan menjadi pemberat amal tuan-tuan dan puan-puan sekelian di akhirat kelak kami doakan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju