SRI Al-Amin Paya Besar menyumbang untuk Ghouta

Regim Bashar Al-Assad kembali melancarkan serangan udara bertubi-tubi dengan dahsyatnya ke Timur Ghouta, Syria. Dalam masa 24 Jam serangan udara, roket, dan artileri yang dilancarkan pada Isnin, 19 Feb sehingga kini telah menyebabkan ribuan orang awam terbunuh.
Ghouta terdedah dengan serangan udara yang dahsyat setiap hari. Dikatakan sebanyak 100 kali serangan udara sehari di Ghouta!


Meskipun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan resolusi genjatan senjata selama 30 hari di Timur Ghouta, namun serangan ketenteraan daripada pihak rejim Bashar al-Assad diteruskan dengan alasan menghapuskan pasukan pengganas yang berada di sana.
Oleh itu, Kelab MyCARE SRI Al-Amin Paya Besar dengan anjuran Unit Tarbiah melancarkan Tabung Infaq Ghouta di sekolah bermula 13 Mac 2018 hingga 16 Mac 2018. Hasil sumbangan warga sekolah akan disalurkan ke Tabung Kecemasan Ghouta di bawah kelolaan Humanitarian Care Malaysia Berhad. Semoga usaha ini dapat membantu meringankan beban saudara kita di Ghouta.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000