Sokongan psikososial untuk pengamal perubatan di Palestin

Kesihatan psikososial merupakan salah satu kompenan penting untuk pembentukan kendiri yang positif dan mampu berfungsi secara baik dalam kelangsungan hidup serta perhubungan sosial.

Kami yakin serangan ke atas Gaza yang lepas banyak memberikan tekanan kepada petugas-petugas perubatan lebih-lebih lagi di bahagian kanak-kanak.

MyCARE mengambil inisiatif untuk melaksanakan satu program santai dan sokongan psikososial kepada 2 kakitangan hospital Al-Dorra Hospital for Children dan Al-Rantisi Oncology Hospital.

Dua sesi kaunseling dengan pelbagai aktiviti disertai 86 orang pakar perubatan, jururawat dan kakitangan pentadbiran perubatan dari kedua-dua hospital.

Sesi tersebut dijalankan selama 2 hari di salah satu dewan restoran yang terletak di pantai bandar Gaza. Pemilihan tempat adalah penting untuk membantu kumpulan sasaran menikmati pemandangan laut semasa sesi pelepasan psikologi, yang dianggap sebagai sebahagian daripada teknik sokongan psikologi.

Pelbagai aktiviti psikologi telah dijalankan bersama peserta seperti wool ball, therapeutic relaxation, muscle relaxation, free drawing, and therapeutic motor activities.

Para peserta menikmati pelbagai manfaat dari aktiviti-aktiviti tersebut. Mereka sangat menghargai dan bersyukur kerana mengatur program sebegini dan bantuan serta sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin.

Mereka juga mengharapkan agar lebih banyak aktiviti sokongan seperti ini dilaksanakan kepada penduduk Gaza bagi membantu mereka mengharungi keadaan hidup yang sukar di Gaza akibat pelbagai pencerobohan dan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza selama lebih daripada 11 tahun serta pandemik COVID-19 yang merebak.

Nurturing Humanity, Making a Difference

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk