Sokongan psikososial untuk kanak-kanak di Gaza

Kesihatan psikososial merupakan salah satu kompenan penting untuk pembentukan kendiri yang positif dan mampu berfungsi secara baik dalam kelangsungan hidup serta perhubungan sosial.

Trauma terbahagi kepada dua iaitu trauma fizikal dan trauma psikologi. Trauma fizikal merujuk kepada kecederaan fizikal dan mengubah bentuk badan yang serius manakala trauma psikologi atau trauma emosi adalah sejenis kerosakan jiwa yang berlaku akibat peristiwa traumatik yang boleh melibatkan perubahan psikofizikal yang secara langsung mengganggu kemahiran ketahanan.

MyCARE melalui agensinya, Rose2Rose telah memberikan sokongan psikososial kepada kanak-kanak di Gaza yang terkesan dengan serangan dari rejim Zi0nis dan yang menghidap penyakit kronik di Hospital Al-Rantisi dan Hospital Al-Dura.

Pelbagai aktiviti menarik dan pemberian mainan telah dilaksanakan sepanjang program ini berjalan.

Alhamdulillah, anak-anak ini sangat seronok sekali. Para penjaga juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang MyCARE di Malaysia kerana tidak melupakan anak-anak mereka.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan