[SimpleDreams] Kembar IVF hadiah untuk pasangan Palestin

Alhamdulillah, Alhamdulillah! Bayi kembar hasil IVF hadiah dari penyumbang MyCARE!
 
Projek Simple Dreams No 4 kali ini sangat mengujakan. MyCARE merealisasikan impian sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak sepanjang 10 tahun perkahwinan di Gaza untuk melaksanakan IVF di bawah tajaan MyCARE.
 
MyCARE bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Gaza memilih pasangan yang tidak mempunyai anak dan benar-benar tidak mampu untuk menjalankan proses ini.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Hasil daripada tajaan anda, pasangan ini dikurniakan 2 orang bayi kembar perempuan yang diberi nama Mona dan Heba atas izin Allah.
 
Kegembiraan yang ditunggu selama 10 tahun lamanya hari ini dizahirkan dengan rasa syukur kepada Allah dan penghargaan kepada para penyumbang MyCARE.
 

 

 

 

 

 

 

 
Semoga Mona dan Heba membesar dengan sihat dan merealisasikan impian kami semua, terus memperjuangkan kebebasan negara Palestin.
 
Terima kasih kepada para penyumbang Tabung Rebuilding Palestin yang merealisasikan impian pasangan ini.
 
Ayuh bersama kami Bina Semula Palestin di:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
 
Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE yang menjayakan projek ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan