[Simple Dreams] Realisasikan impian ‘Alaa

Projek Simple Dreams ke-7 telah ditaja oleh Yayasan Buruj bagi merealisasikan impian seorang gadis untuk meneruskan cita-citanya disamping membantu keluarganya yang serba kekurangan.
 
‘Alaa merupakan graduan Universiti Islam Gaza dalam jurusan midwife (bidan) pada tahun 2020 tetapi sijil ijazahnya ditahan kerana mempunyai masalah kewangan.
 
‘Alaa mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah klinik sebagai jururawat bagi mengumpul duit membayar hutang universiti.
 

 

 

 

 

 

 
Namun, hujan di tengah hari. Kementerian Kesihatan Gaza meminta ‘Alaa menunjukkan sijil ijazah sebagai syarat untuk terus bekerja.
 
Beliau cuba memohon dana sumbangan tetapi tidak berjaya sehingga Yayasan Buruj melalui MyCARE bersetuju untuk menjelaskan semua hutang pelajaran ‘Alaa.
 

 

 

 

 

 

 

 

 
Alhamdulillah, segala masalah telah diselesaikan dan ‘Alaa terus menandatangan kontrak kerja di klinik beliau bekerja.
 
Terima kasih Yayasan Buruj. Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menjayakan projek-projek Simple Dreams.
 
Ayuh bersama kami Bina Semula Palestin di:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan