13592698_788194461317630_6655496509271349673_n

 

Terima Kasih kami ucapkan kepada para penyumbang yang istiqamah menyumbang dan memberi kepercayaan kepada kami untuk menyalurkan sumbangan kepada sesiapa sahaja yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Aqsa Syarif fokus memberi bantuan kepada rakyat Palestin dan pembinaan semula bumi al-Quds. Pelbagai bantuan telah diberikan hasil sumbangan rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan lain-lain.

IKRAM for SYRIA • i4s telah melakukan beberapa kempen dan misi pada tahun ini akibat serangan-serangan rejim laknat Assad dan Putin. Kemasukkan saudara-saudara migran Syria dengan bantuan kerajaan, korporat, dan rakyat Malaysia telah melancarkan lagi kehidupan mereka di sini.

Nusantara Care telah menyampaikan bantuan terus kepada komuniti Muslim di Myanmar pada awal Ramadhan lepas serta menyantuni komuniti Muslim Myanmar di Malaysia termasuk madrasah-madrasah dan di depoh-depoh tahanan.

Rose2Rose yang terdiri aktivis-aktivis yang sangat aktif bertungkus lumus dalam misi ke Turki dalam Projek Kaki & Tangan Palsu untuk Kanak-Kanak dan pembangunan semula Wanita yang menjadi mangsa perang.

Salam Iraq yang fokus pada negara Iraq turut menghantar bantuan kepada pelarian-pelarian yang berada di negara Iraq di dalam Projek Ramadhan yang sedang berlangsung.

Palestine Centre of Excellence – PACE telah mengeluarkan artikel-artikel bagi pemahaman rakyat Malaysia mengenai situasi di Palestin.

MyCARE yang menaungi kesemua agensi di atas turut menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, serta bantuan gempa bumi ke Nepal dan Jepun tanpa mengira agama dan bangsa.

Jutaan TERIMA KASIH atas penglibatan aktivis-aktivis yang tidak pernah kami jumpa, rakan-rakan artis seperti Faizal Tahir, Zizan Razak, Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Aizat Amdan, MizzNina dan ramai lagi, follower-follower FB, Instagram, Twitter dan Youtube yang sering “share” kempen dan projek yang kami jalankan.

Kami doakan semua rakyat Malaysia sentiasa dibawah naungan rahmat Allah, dikurniakan Lailatul Qadar pada Ramadhan yang lalu dan mendapat keberkatan di bulan Syawal ini.

Bersama-sama kita istiqamah membantu saudara-saudara kita tidak kira di mana mereka berada atas dasar kemanusiaan.

‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’:
Akaun Maybank Islamic : 5515 7500 4299
Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602 135 592

Hantar sumbangan secara terus di HQ kami:
No.9, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43000 Seri Kembangan
Selangor, Malaysia

Maklumat lanjut, kerjasama atau jemputan ceramah:
MyCARE HQ: 03-8941 2341/019-4815584 (Encik Luqman)
Email: [email protected]

Sertai kami: https://www.mycare.org.my/get-involved/

~Selamat Hari Raya AidilFitri~
Nurturing Humanity, Making A Difference