Rose2Rose bersama mangsa banjir

Saat saudara kita ditimpa musibah, hulurkanlah pertolongan yang semampunya,Jika kita diberikan kelebihan harta, infaqkanlah sebanyak-banyaknya.

Jika kita diberikan kelebihan tubuh badan yang sihat, gunakanlah tenaga yang ada bagi meringankan beban, Juga jangan dilupakan doa yang sentiasa menjadi perisai bagi setiap mukmin.

Berikut aktiviti aktivis R2R sepanjang minggu ini (20-24 Disember 2021).

1. Salah seorang aktivis membantu mangsa banjir di Nanding.
2. Aktiviti membersihkan rumah Puan Nadhirah dan Puan Laila di Meru, Klang.


3. Membantu tim IKRAM Ampang Jaya – menyalurkan bantuan baju, tilam dan kit kebersihan, dengan bantuan lori 3 tan.
4. R2R turut mengadakan kerjasama bersama Wanita IKRAM Hulu Selangor bagi menghantar bantuan kecemasan banjir di Shah Alam.
– Penyerahan sumbangan di Sekolah Rendah Islam Hira’ Klang pada 21 Disember.
– sambal ikan bilis, diapers, sanitary pads, telekung, kain pelikat/batik, comforters dan t-shirts/pakaian dewasa dan kanak-kanak. Barangan sumbangan diperoleh melalui penduduk sekitar Batu 16 Rawang dan Country Homes.


5. Hari ini, Dr. Fauziah Mohd Hasan, Penasihat R2R memberikan pemeriksaan kesihatan kepada antara mangsa yang terlibat dengan banjir di Kampung Labu Lancong.

Terima kasih buat para penyumbang yang dermawan. Buat para mangsa banjir, semoga Allah berikan ganti yang jauh lebih baik dari apa yang telah anda kehilangan.

Kami turut ingin menzahirkan ucapan takziah buat para mangsa banjir yang kehilangan ahli keluarga. Semoga roh mereka ditempatkan bersama para solihin.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk