Puasa tanpa sahur, belum tentu ada iftar

Maryam adalah seorang kanak-kanak kecil dari utara Gaza, berumur 12 tahun.

Kami disambut dengan senyuman manis dari kanak-kanak itu, seakan-akan kami telah mengenalinya sejak lama.

Maryam bersama empat orang adik-beradiknya sempat berjenaka dengan kami ketika kami menyampaikan pek bantuan makanan ke salah satu penempatan termiskin di Gaza.

Tersentak apabila mendengar mereka berpuasa tanpa bersahur. Dan lagi menyedihkan apabila mendengar ibu mereka berkata bahawa beliau tidak mampu menyediakan iftar untuk berbuka puasa.

Begitu juga melihat rumah mereka yang hanya terdiri daripada sebuah bilik dan diperbuat daripada zink yang tidak mampu menghalang mereka dari haba kepanasan ketika musim panas dan juga tidak mampu melindungi mereka dari kesejukan ketika musim sejuk.

Apabila bertanya kepada mereka apakah pekerjaan ayahnya.. Kami mendapati ayahnya seperti ayah-ayah yang lain di Gaza.

Mereka tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mampu menyediakan sekurang-kurangnya makanannya asas kepada keluarga mereka. Inilah seperti yang dilaporkan hampir 50% penduduk Gaza tiada pekerjaan kerana tiada peluang pekerjaan!

Dengan penderitaan yang dialami oleh Maryam dan keluarganya, senyumannya masih memancarkan rasa harapan dan gembira.

Alhamdulillah. pek makanan sumbangan rakyat Malaysia melalui MyCARE pastinya meringankan beban mereka buat beberapa hari.

Dengan rendah diri, kami memohon anda semua untuk menyebarkan kempen MyRamadan agar lebih ramai kanak-kanak seperti Maryam mendapat bantuan.

10 tahun menganjurkan kempen MyRamadan, kami telah menerima pelbagai anugerah termasuk dari Bank Negara Malaysia, SSM, United Nation dan banyak lagi. Kami juga di AUDIT oleh top 5 firma audit terbaik dunia.

Jom pulun gandaan pahala dengan bersedekah kepada yang memerlukan di:
https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

Semoga ada sinar kegembiraan buat mereka di bulan Ramadan dan di musim COVID-19 ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk